Friday, November 19, 2010

Masalah yang dihadapi di sekolah

Salam sejahtera.

Masalah yang dihadapi oleh cikgu sekolah pada masa kini adalah bebanan kerja yang banyak. Tugas cikgu sekolah bukan sahaja mengajar tetapi kerja pengkeranian yang sangat membebankan. Akibatnya cikgu sekolah tidak cukup masa untuk menyediakan persiapan yang sepatutnya dan terpaksa menghabiskan sillibus dalam masa yang terhad. Persoalan tentang samada pelajar faham ataupun tidak, cikgu sekolah tiada pilihan melainkan menghabiskan sillibus yang sepatutnya. Bagi pelajar yang cepat faham dengan apa yang diajar cikgu sekolah dalam masa yang singkat tiada masalah tetapi persoalannya ialah adakah tahap pemahaman setiap pelajar sama?

Penyelesaian untuk masalah ini adalah pelajar boleh jumpa cikgu sekolah pada waktu rehat atau selepas waktu persekolahan. Tetapi kebanyakan pelajar malu untuk bertanya cikgu. Mungkin ini disebabkan budaya rakyat Malaysia yang malu bertanya ataupun takut dimarahi kerana bertanya soalan yang mudah walhal cikgu sekolah tidak berfikiran begitu. Pelajar boleh juga membuat "study group" tetapi bagaimana jika dalam kumpulan itu kesemuanya tidak faham tentang topik tertentu?

Kebanyakan ibu bapa menyelesaikan masalah ini dengan mengambil cikgu tuisyen bagi mengajar anak mereka. Ibu bapa tahu bahawa cikgu tuisyen dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya untuk mengajar anak mereka. Selain itu cikgu tuisyen dapat memberikan motivasi dan semangat yang sememangnya sangat diperlukan oleh setiap pelajar. Sillibus pengajaran dapat dihabiskan lebih awal dan masa yang lebih dapat digunakan untuk membuat latihan.

Saturday, November 6, 2010

Kelebihan home tuition berbanding pusat tuisyen

Salam sejahtera.

Tuisyen merupakan pembelajaran tambahan yang memang diperlukan sekiranya pelajar tidak dapat menguasainya sesuatu mata pelajaran di sekolah. Tuisyen terbahagi kepada 2 iaitu home tuition dan pusat tuition. Bagi home tuition, kebiasaannya seorang guru dan seorang pelajar (ataupun 3 orang pelajar) manakala bagi pusat tuisyen, kelas pembelajaran lebih kurang sama seperti di sekolah.

 Perbezaan yang ketara adalah bagi home tuition, cikgu tuisyen datang ke rumah pelajar. Ia sangat menjimatkan masa pelajar dan ibu bapa. Pelajar belajar dalam keadaan selesa di rumahnya sendiri dan tiada masalah pelajar melencong ke tempat lain sekiranya pergi ke pusat tuisyen. Manakala bagi pusat tuisyen, kebiasaannya ibu bapa perlu menghantar anak ke pusat tuisyen. Lepas hantar, nak kena ambil pula. Tidak puas lagi duduk selepas hantar ke pusat tuisyen, nak kena ambil pula. Sesetengah pusat tuisyen ada juga menyediakan pengangkutan seperti van tetapi ini akan memakan masa pelajar kerana jika kelas bermula pada pukul 8:30 malam, pelajar terpaksa keluar dari rumah seawal pukul 7:40 malam untuk menaiki van kerana ramai pelajar yang perlu diambil.

Pembelajaran pusat tuisyen sama seperti di sekolah dimana ramai pelajar dalam sebuah kelas. Cikgu tuisyen tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap kesemua pelajarnya. Bagi home tuition, cikgu tuisyen dapat memberikan perhatian sepenuhnya dan jika tidak faham terhadap sesuatu topik, cikgu akan dapat memberi penerangan dengan serta merta. Jika ada membuat kesilapan, cikgu tuisyen akan terus dapat membetulkannya. Pelajar juga tidak malu untuk bertanya kepada cikgu tuisyen manakala jika berada di pusat tuisyen, ramai pelajar yang malu untuk bertanya kerana takut diketawakan bertanya soalan bodoh, padahal memang ramai yang tidak faham.

Bagi home tuition, cikgu tuisyen dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar dengan cepat dan proses pembelajaran akan berlaku dengan mudah. Pelajar akan mendapat banyak masa untuk membuat latihan bersama-sama dengan cikgu tuisyen. Jika berada di pusat tuisyen, cikgu tuisyen akan memastikan semua pelajar faham dan tahap kefahaman seseorang pelajar itu berbeza-beza. Banyak masa yang diperlukan oleh cikgu tuisyen dan yang paling sedih, jika pelajar itu tidak faham juga selepas beberapi kali diterangkan, cikgu tuisyen akan terus ke topik seterusnya.

Sekian.