Salam sejahtera.
Masalah yang dihadapi oleh cikgu sekolah pada masa kini adalah bebanan kerja yang banyak. Tugas cikgu sekolah bukan sahaja mengajar tetapi kerja pengkeranian yang sangat membebankan. Akibatnya cikgu sekolah tidak cukup masa untuk menyediakan persiapan yang sepatutnya dan terpaksa menghabiskan sillibus dalam masa yang terhad. Persoalan tentang samada pelajar faham ataupun tidak, cikgu sekolah tiada pilihan melainkan menghabiskan sillibus yang sepatutnya. Bagi pelajar yang cepat faham dengan apa yang diajar cikgu sekolah dalam masa yang singkat tiada masalah tetapi persoalannya ialah adakah tahap pemahaman setiap pelajar sama?
Penyelesaian untuk masalah ini adalah pelajar boleh jumpa cikgu sekolah pada waktu rehat atau selepas waktu persekolahan. Tetapi kebanyakan pelajar malu untuk bertanya cikgu. Mungkin ini disebabkan budaya rakyat Malaysia yang malu bertanya ataupun takut dimarahi kerana bertanya soalan yang mudah walhal cikgu sekolah tidak berfikiran begitu. Pelajar boleh juga membuat "study group" tetapi bagaimana jika dalam kumpulan itu kesemuanya tidak faham tentang topik tertentu?
Kebanyakan ibu bapa menyelesaikan masalah ini dengan mengambil cikgu tuisyen bagi mengajar anak mereka. Ibu bapa tahu bahawa cikgu tuisyen dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya untuk mengajar anak mereka. Selain itu cikgu tuisyen dapat memberikan motivasi dan semangat yang sememangnya sangat diperlukan oleh setiap pelajar. Sillibus pengajaran dapat dihabiskan lebih awal dan masa yang lebih dapat digunakan untuk membuat latihan.
No comments:
Post a Comment